Small Group Coaching: Teknik Membina Daya Pengaruh

Mahukah Anda Belajar Teknik Menaikkan Daya Pengaruh Sebagai Ketua Selama 2 Hari Bersama Puan Ainon?

Selama 2 hari, anda akan belajar teknik yang mudah dan praktikal untuk anda menaikkan daya pengaruh sebagai seorang ketua bersama Puan Ainon Mohd di kediaman beliau di Janda Baik, Pahang.

Tarikh, Masa & Lokasi?

Berikut merupakan maklumat lanjut:

Tarikh

10-11 Mei 2025
(Sabtu-Ahad)

Masa

Hari 1: 10 am – 5.30 pm
Hari 2: 10 am – 4 pm

Lokasi

Semanggol Kampus PTS, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang Darul Makmur.

Daya Pengaruh Bukan Sekadar Kemahiran Tambahan. Ia NADI Kepimpinan.

Setiap ketua diukur bukan sekadar pada keupayaan memberi arahan, tetapi pada keupayaan mempengaruhi, menggerakkan, dan mengilhamkan tindakan dalam kalangan pasukan.

Daya pengaruh bukan kemahiran tambahan. Ia adalah keperluan teras dalam menjalin hubungan yang bermakna, membina kepercayaan, dan memastikan arahan yang diberikan diterima serta dilaksanakan dengan penuh komitmen.

Dalam dunia kepimpinan yang kian kompleks, daya pengaruh adalah kunci kelangsungan dan kejayaan jangka panjang – sama ada dalam sektor awam mahupun korporat.

Kelebihan Daya Pengaruh

Dengan menggunakan daya pengaruh, kita dapat melakukan perkara-perkara di bawah ini:

Ini 7 Topik Utama Daya Pengaruh

Peserta akan didedahkan kepada ilmu daya pengaruh yang diasaskan daripada kajian Prof. Emeritus Dr. Robert Cialdini – seorang pakar psikologi terkemuka dalam bidang persuasi, komunikasi strategik, dan kepimpinan organisasi.

Buku beliau, Influence: The Psychology of Persuasion, telah terjual melebihi 5 juta naskhah dan diterjemahkan ke dalam 41 bahasa. Prinsip-prinsip yang beliau perkenalkan telah diaplikasikan secara meluas dalam bidang kepimpinan, pengurusan organisasi, dan komunikasi korporat.

Topik 1: Aplikasi Teknik Reciprocity

Apabila ketua memberi terlebih dahulu – sama ada pujian, perhatian, atau sokongan – pasukan akan lebih terdorong untuk membalas semula dengan kepercayaan, kesetiaan, dan kerjasama. Prinsip ini memperkukuh rasa hormat dua hala dan membina budaya “saling membantu”.

Topik 2: Aplikasi Teknik Commitment

Manusia secara semula jadi mahu konsisten dengan kata-kata dan tindakan mereka. Ketua yang bijak akan memulakan dengan komitmen kecil yang disengajakan, dan memperkukuhnya dari semasa ke semasa – menjadikan pasukan lebih bertanggungjawab dan fokus pada matlamat bersama.

Topik 3: Teknik Social Proof

Apabila anggota pasukan melihat kejayaan rakan-rakan mereka atau pasukan lain, mereka terdorong untuk mencontohi. Ketua boleh menggunakan pencapaian dalaman sebagai bukti sosial untuk mendorong tingkah laku yang diingini tanpa perlu memberi tekanan.

Topik 4: Teknik Liking

Orang lebih mudah dipengaruhi oleh individu yang mereka sukai. Seorang ketua yang mempunyai empati, komunikasi terbuka, dan pendekatan mesra akan lebih dihormati, bukan hanya disukai. Prinsip ini membantu membina kepercayaan dan penerimaan secara semula jadi.

Topik 5: Teknik Authority

Pemimpin yang memiliki pengetahuan, pengalaman, dan kejelasan dalam menyampaikan arah tuju akan dilihat sebagai sumber autoriti yang sah. Daya pengaruh melalui autoriti bukan berasaskan kuasa, tetapi kredibiliti yang konsisten dan nyata.

Topik 6: Teknik Scarcity

Manusia memberi nilai yang tinggi kepada sesuatu yang terhad. Seorang ketua boleh menggunakan elemen keterhadan masa, peluang, atau sumber untuk menggerakkan tindakan yang lebih pantas dan tegas dalam kalangan pasukan – tanpa perlu paksaan.

Topik 7: Teknik Unity

Daya pengaruh menjadi lebih kuat apabila pasukan merasakan bahawa mereka dan ketua adalah sebahagian daripada kumpulan yang sama. Prinsip ini membantu membina kesatuan, kesetiaan dan identiti pasukan yang kukuh – asas kepada kepimpinan berkesan.

Teknik Tambahan: Teknik Framing

Framing ialah bagaimana sesuatu isu, arahan atau maklumat disampaikan mempengaruhi bagaimana ia difahami. Seorang ketua yang mahir dalam teknik ini boleh mengubah persepsi pasukan terhadap cabaran, konflik, atau perubahan – menjadikannya peluang untuk maju.

Apa Yang Akan Berlaku Semasa Sesi di Janda Baik Selama 2 Hari?

Berikut merupakan jadual program. Semak dan terus book dalam kalendar anda. Kami jumpa anda dalam program Small Group Coaching Menaikkan Daya Pengaruh.

Ini Jadual Program

MasaTopik
Sesi 1: 10 Mei (Sabtu)
10 am - 11.30 amAplikasi Teknik Reciprocity
11.30 am - 1 pmAplikasi Teknik Commitment & Consistency
1 pm - 2.30 pmRehat & Makan Tengah Hari
2.30 pm - 4 pm Aplikasi Teknik Social Proof
4 pm - 5.30 pmAplikasi Teknik Liking
5.30 pmSesi Bergambar & Bersurai
Sesi 2: 12 Mei (Sabtu)
10 am - 11.30 amAplikasi Teknik Authority
11.30 am - 1 pmAplikasi Teknik Scarcity
1 pm - 2.30 pmRehat & Makan Tengah Hari
2.30 pm - 4 pmAplikasi Teknik Unity
4 pm - 5.30 pmAplikasi Teknik Framing
5.30 pmSesi Bergambar & Bersurai

Ada Rakaman & Nota Ulangkaji.

Bagi memastikan anda boleh belajar berterusan, kami sediakan:

1- Rakaman penuh sesi latihan
2- Nota versi ebook 

Anda boleh buat ulangkaji dan belajar sampai faham.

Khas untuk pembeli pakej mastery.

Lihat Suasana Pembelajaran

Ini merupakan gambaran sebenar suasana pembelajaran yang menenangkan dengan hembusan angin-angin sepoi bahasa dan pemandangan yang cantik di pergunungan Janda Baik.

Kenali Puan Ainon Mohd

Puan Ainon Mohd ialah pengasas PTS Media Group dan ABS Group serta penulis prolifik dalam bidang komunikasi, strategi dan kepimpinan.

Dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam pendidikan dan penerbitan, beliau telah melatih ribuan individu — termasuk ketua jabatan, pemilik bisnes, dan pegawai kanan — untuk membina daya pengaruh dan memimpin pasukan dengan lebih berkesan.

Beliau dikenali dengan pendekatan latihan yang praktikal, berbasis psikologi tingkah laku dan komunikasi yang berkesan — menjadikan beliau salah satu rujukan utama dalam pembangunan kepimpinan dan bisnes secara amnya di Malaysia.

Tarikh, Masa & Lokasi?

Berikut merupakan maklumat lanjut:

Tarikh

10-11 Mei 2025
(Sabtu-Ahad)

Masa

Hari 1: 10 am – 5.30 pm
Hari 2: 10 am – 4 pm

Lokasi

Semanggol Kampus PTS, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang Darul Makmur.

DAFTAR SEGERA TEMPAT SANGAT TERHAD 10 ORANG PESERTA BERSEMUKA SAHAJA

Berapa Yuran Sesi Small Group Coaching?

TAWARAN KHAS : 

MEREKA YANG DAFTAR SEBELUM 3HB MAY AKAN MENERIMA COACHING 2 JAM SEBULAN

BERSAMA PUAN AINON MOHD SELAMA 3 BULAN.

Pakej Starter

Sesi Online
RM 250
  • Untuk 1 Peserta Sahaja
  • Sesi secara Online
  • 8 Topik Daya Pengaruh

Pakej Mastery

Sesi Bersemuka
RM 1499
  • Untuk 1 Peserta Sahaja
  • 8 Topik Daya Pengaruh
  • Sesi di Janda Baik
  • Sesi Rakaman Penuh
  • Nota (Edisi Ebook)
  • Makan Tengah Hari & Sarapan
  • 3 Bulan Coaching Bersama Puan Ainon Mohd

ULANG SIAR: Penginapan tidak disediakan.